Nukilan aku, bila jari jemari ku mula berkata-kata.....

Ahad, 27 April 2008

Cinta itu milik siapa....

Mungkin termenung itu membuai perasaan,
Kalut nya sebuah hati,
Sukar dibendung lagi,
Kalau diturutkan pasti mati.

Aku bagai ombak, sesekali memukul kepantai,
Begitu juga sebuah cinta,
Mencintai bila dicintai,
Tinggalkan cinta bila tidak bersama.

Sebuah ceritera,
Kisah mendalam tergamit sendu,
Melambai tangan tanda setuju,
Mengulit kenangan didalam syahdu.
Hati turut mengadili semua ini.

Menjelma rindu diseribu keanggunan,
Rupa yang elok usah dibanggakan,
Kesetian yang diberikan dulu,
Kini hanya tinggal kenangan yang telah usang.....



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 5:59 PG

<< Home