Nukilan aku, bila jari jemari ku mula berkata-kata.....

Ahad, 27 April 2008

Puisi Kulit Kacang.

Aku kulit kacang,
Lama aku duduk dengan kawan ku didalam,
Bila aku melindungi,
Aku dipuja.

Bila aku didusta,
Aku dibuang begitu sahaja,
Kejam, sungguh kejam,
Kenapa engkau sanggup lakukan sedemikian rupa.

Aku tahu, aku hanya kulit kacang,
Kulit yang tidak punya apa-apa erti bagimu,
Tapi jika aku sudah tiada,
Engkau pasti akan terluka,
Sedih dan mungkin juga derita.

Ini lah nasib ku kulit kacang,
Aku sedar sapa diri ini,
Aku tahu aku kulit kacang,
Tapi aku punya secoret perasaan,
Walaupun engkau tidak mengerti,
Biarkan saja perasaan itu berlalu pergi,
Kerana aku kulit kacang....

Nukilan - Rickywan
posted by Rickywan at 6:45 PTG

<< Home