Nukilan aku, bila jari jemari ku mula berkata-kata.....

Ahad, 27 April 2008

Aku Sepi....

Lama aku menanti, dan terus menanti,
Engkau menghilang dari seribu pandangan,
Tersorok aku dicelah-celah batuan,
Hanya pepatung dapat menyapa aku dari lamunan.

Aku tahu aku pencintamu,
Penipu dalam segi budi bicara,
Tergengam api sengsara,
Hidup penuh kesyahduan.

Air yang mengalir dari tujuh gunung,
Begitu juga mengalir darah mengalir didalam tubuhku ini,
Sesejuk air yang menghentam deras,
Menenangkan sejenak hati yang sedang amarah.

Mata tertumpu disuatu sudut,
Tercari-cari bayang siapa,
Cuba ku gapai, tangan tak sampai,
Cuba ku belai, hati layu terkulai,
Rindu tersadai, derita mendatang.



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 6:59 PTG

<< Home