Nukilan aku, bila jari jemari ku mula berkata-kata.....

Selasa, 6 Mei 2008

Kupinta darimu....

Sayang,
Satu saja kupinta darimu,
Agar kau dapat menerima ku kembali,
Dalam hidup ku yang kekosongan ini,
Masih kah ada cinta dihati mu,

Atau kegagalan dalam hidup ku selamanya,
Aku masih lagi menanti jawapan dari mu,
Tanpa kurasa jemu,
Hidup ini bagaikan lalang yang ditiup angin,
Kadang-kadang dia ketepi, kebelakang, kedepan, ataupun patah sayapnya,

Aku masih lagi waras kalau bercerita tentang cinta,
Tapi kalau kaca dihempas ke lantai,
Pecah yang terjadi,
Luka yang ku dapat,
Aduh..pedihnya,
Luka di tangan,
Pedih lagi luka dihatiku ini..

Kuharap kau dapat memahami,
Hati dan perasaan,
Angin yang bertiup,
Kencang, membawa ku keatas jauh disana,
Tapi aku akan kembali suatu hari nanti....
Percayalah................



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:59 PTG

Cinta Abadi

Seperti air yang mengalir deras,
Ikan-ikan berenang dengan gembira,
Akan tetapi ada sebalik didalam hatiku ini,
Yang membuat aku teringat pada mu selalu,

Terdetik hati ini ingin mendekati mu,
Aku masih rasa malu,
Namun dapat jua ku menepis semua sangkaan itu,
Lalu ku cuba berpaling kebelakang,
Dan mencapai tangan mu ke sisiku,
Aku akan melindungi mu sayang,
Hingga akhir hayat ku,

Dalam hati ku,
Aku cuba bertanya adakah di sudah berpunya,
Hati ku memaksa aku untuk bertanya lagi,
Adakah di ada yang lain,
Ataupun aku tidak setanding dengan orang yang lain,
Cuba lah kau fikirkan,

Apa yang harus aku buat untuk menambat hatinya,
Aku tak pernah merasa kegagalan dalam hidup ini,
Atau kekalahan dalam jiwa ku ini....



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:55 PTG

Julia....

Pertama kali bertentang mata,
Engkau tunduk malu,
Mata ku tepat kearahmu,
Walaupun engkau tidak sedari.

Aku masih menatap wajahmu,
Walaupun engkau cuba sembunyikan dariku,
Cuba ku hampiri bertanyakan namamu,
Namun masih lagi keras untuk berkata-kata.

Aku tak mudah mengalah demi cinta,
Ku cuba laku kan apa saja,
Bagi memenagi hatimu,
Walau engkau tidak suka,
Aku tetap percaya disitu ada cinta.

Meneruskan hasratku demi sidia,
Walau ada yang anggap aku gila,
Termenung demi sebuah perasaan,
Andai aku punya ruang,
Berikan ia sekali demi aku memenangi hatimu
Andai aku kecundang,
Biar lara hati yang akan terus terbuang....



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:48 PTG

Cubalah untuk setia...

Lemas aku didalam lautan sepi,
Walaupun pohon yang cuba ku paut,
Semakin lama semakin goyah,
Tapi tidak segoyah cintaku padamu.

Mungkin aku mati kali ini,
Tapi mati didalam hati mu tidak mungkin sama sekali,
Mencintaimu setulus hatiku,
Aku cuba untuk setia,
Jika masa masih ada buatku.

Biar aku jadi pengantimu,
Biar aku mati demi mengantikan tempatmu dengan ku,
Relaku tukarkan nyawaku denganmu,
Demi sebuah cinta yang bersatu,
Demi dua hati yang bercantum,
Demi dua tubuh yang sama menyentuh.
Meninggalkanmu memang sukar buat ku.....




Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:43 PTG

Andai aku milikmu...

Biar mati seribu lalang,
Tak akan pernah hilang setianya aku padamu,
Biar dihiasi sebendang lalang emas sekali pun,
Itu bukan hendak ku,
Aku cuma perlukan kesetian dan kejujuranmu.

Andai engkau berubah hati,
Dan sudah ada pengantiku,
Maafkan lah semuanya,
Aku relakan kepergian mu.

Bukan suka dan tertawa,
Kerana rindu yang mencengkam jiwa,
Ku iringkan dengan doa,
Agar kau berbahagia disana,
Jangan digusar tentang aku,
Bangkit dan jatuhku hanya ku lalui,

Jika kau merindu,
Aku juga begitu,
Seribu tahun tak akan pernah,
Meninggalkan mu sukar buatku.....



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:34 PTG

Tercipta untuk ku...

Bila gengaman aku dilepaskan,
Airmataku mula berderai membasahi tubuhku,
Mungkin sudah tiba masanya lambaian terakhirku kepadamu,
Menanggis sudah tiada guna nya lagi.

Tercipta untuk ku selamanya,
Sebuah ceritera cinta yang sudah berakhir,
Kasih aku titipkan kesepian yang kian pudar,
Terdonggak aku keatas meminta simpati,
Tiada siapa peduli.

Tersandung mengukir senyuman,
Titisan hujan mula menunjuk kan garang,
Ku ukir nama mu diatas awan,
Bila ku seru engkau menjelma,
Antara angin dan airmata,
Kesepian dan Kesedihan sebuat hati.....



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 12:26 PTG

Isnin, 5 Mei 2008

Pedih

Sakit dan pedihnya hati ini,
Bila melihat dikau bersama orang lain,
Cukup sedih dan meratapi pemergian mu,
Semua kenangan yang kita bina,
Kini telah pergi jauh ke hati lain.

Tinggal kan semua ini demi aku,
Biarkan lah aku sediri,
Biarkan aku dan sekeping hati dan melodi,
Sisipan aku hinggap sebentar,
Kekalutan yang ku alami akan ku buang jauh.

Bukan terbaik dalam hidup ini,
Meninggalkan orang yang aku sayang lenyap dari hati,
Tapi itu mungkin kemahuan mu,
Aku hanya merantai rindu yang tidak pasti.
Bila tiba waktunya aku akan pergi......
posted by Rickywan at 8:07 PTG

Bercanda...

Mungkin kau pikir aku bercanda,
Hanya bermain-main dengan perasaan,
Sedarlah engkau dari mimpi itu,
Aku tidak pernah mengimpikan semua ini terjadi.

Hanya kesempatan yang ada,
Aku datang disisimu,
Menangih cinta sesuci embun pagi darimu,
Mungkin harapan untuk ku sudah tertutup,
Tapi aku masih lagi mencuba dan terus mencuba.

Kalau dulunya,
Kalau aku menangis,
Engkau pasti menangis,
Tapi kini bila aku menangis,
Engkau berlalu pergi tanpa tanya,

Mungkin ini semuanya dari ku,
Kesalahan yang aku lakukan,
Kebencian yang amat sangat terhadap ku,
Biarkan semua kenangan yang kita ukir bersama,
Lenyap dalam khayalan mimpi-mimpi indah,
Yang sukar untuk aku lupa dan mengerti dalam hidup ini........



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 8:02 PTG

Aku dan teman..

Teman,
Aku menjadi teman,
Aku menjadi kawan,
Aku menjadi kekasih,
Aku menjadi segala-galanya buatmu.

Maafkan aku wahai teman,
Jika aku menguris hatimu,
Maafkan aku wahai teman,
Izinkan aku meredah semua ini,
Demi mencari seseorang bernama kekasih.

Tidur ku hanya seketika,
Bangun ku bila terjaga dari lena yang panjang,
Biarkan aku disisimu bila aku terjaga nanti.....
posted by Rickywan at 7:58 PTG

Bila hati mula berbicara...

Sukar bila hati berbicara,
terdetik seketika mencari arah,
Mata yang tertutup mula memberi cahaya,
Mungkin terdiam seketika bukan nya membisu seribukata,

Tersandar diatas pelamin hayalan,
Menunggu sidia tiba,
Mungkin ada sikerdil mencari air,
Tertinggal aku disana mencari dia,

Hari ini aku masih bernafas,
Hari ini aku masih bernyawa,
Jiwa kaku mula memberontak hiba,
Mencari arah kedatangan dia,
Mungkin kesedihan yang menjelma,

Aku tahu,
Aku bukan yang terbaik buat dia,
Aku sedar siapa diri ini,
Aku hanya insan yang selalu membuat dia marah padaku,
Tapi aku hanya manusia biasa,
Hanya insan yang masih mencintai dia....
posted by Rickywan at 7:51 PTG

Jumaat, 2 Mei 2008

Ija.....

Untuk Seseorg bernama Ija.......


Bagai setiap malam aku menantimu,
mendengar suaramu bagai satu mimpi buatku,
Terjaga aku seketika,
Bila kau mula menyanyikan buatku.

Rindu padamu selalu,
Andai aku masih ada ruang,
Akan ku curi hati dan belaimu,
Aku tahu masih panjang perjalanan ini.

Masih belum puasa rasanya aku bersamamu,
Aku ku menanti,
Walaupun aku hanya pepatung yang terbang,
Terbang dengan sebelah sayap ilusi,
Cuba aku mengapai syurga itu,
Hanya buatmu....

Berjauhan denganmu,
cukup menyiksakan ku,
Terbuai dalam dakapanmu,
Mencintai mu sejak kali pertama ku melihatmu,
Walaupun masih belum bertemu,
Aku tahu dan pasti,
Aku sayang padamu...



Nukilan Rickywan
posted by Rickywan at 5:35 PTG