Nukilan aku, bila jari jemari ku mula berkata-kata.....

Isnin, 5 Mei 2008

Bila hati mula berbicara...

Sukar bila hati berbicara,
terdetik seketika mencari arah,
Mata yang tertutup mula memberi cahaya,
Mungkin terdiam seketika bukan nya membisu seribukata,

Tersandar diatas pelamin hayalan,
Menunggu sidia tiba,
Mungkin ada sikerdil mencari air,
Tertinggal aku disana mencari dia,

Hari ini aku masih bernafas,
Hari ini aku masih bernyawa,
Jiwa kaku mula memberontak hiba,
Mencari arah kedatangan dia,
Mungkin kesedihan yang menjelma,

Aku tahu,
Aku bukan yang terbaik buat dia,
Aku sedar siapa diri ini,
Aku hanya insan yang selalu membuat dia marah padaku,
Tapi aku hanya manusia biasa,
Hanya insan yang masih mencintai dia....
posted by Rickywan at 7:51 PTG

<< Home